Showing posts with label Sayang. Show all posts
Showing posts with label Sayang. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

CINTA~SAYANG~SUKA ~MINAT

bubbling by Unknown at 7:20 AM 0 comment++

-->Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

-->Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

-->Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.…)

-->Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

~~Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…~~

Tuesday, November 9, 2010

CINTAI DAN MENCINTAI

bubbling by Unknown at 7:06 AM 0 comment++
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur, ketika kita menangis, ketika kita membayangkan dan ketika kita berciuman?

Ini kerana hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT.
Aneh....

Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita, lalu kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA.

Ada hal – hal yang tidak ingin kita lepaskan…
Orang – orang yang tidak ingin kita tinggalkan.. .
Tapi ingatlah…
melepaskan bukan AKHIR dari dunia, melainkan AWAL suatu kehidupan baru.
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari, dan mereka yang telah mencuba.

Kerana MEREKALAH yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

CINTA yang AGUNG adalah…
KETIKA kamu menitikkan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. .
KETIKA dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia.
KETIKA dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH boleh tersenyum sambil berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil… BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan TERBANG ke alam bebas lagi…
Ingatlah…bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. ..
Tapi, ketika cinta itu mati… kamu TIDAK perlu mati bersamanya.. .

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang,
MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan – pilihan kehidupan yang telah kau buat.

TEMAN SEJATI…
Mengerti ketika kamu berkata ‘Aku lupa’
Menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘Tunggu sebentar’
Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘Tinggalkan aku sendiri’
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ‘Bolehkah saya masuk?’

MENCINTAI…
Bukanlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu memaafkan.


MEMAAFKAN…
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti.

MENGERTI…
Bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan.
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati,
dibandingkan menangis tersedu – sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus,
sementara air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.
Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.

Akan tiba saatnya dimana kamu harus BERHENTI mencintai seseorang.
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
Melainkan kerana kita MENYEDARI bahawa orang itu akan lebih BERBAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA.

Apabila kamu benar – benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia.
Jangan percaya bahawa MELEPASKAN bererti kamu benar – benar mencintai melainkan… BERJUANGLAH demi cintamu.

Itulah CINTA SEJATI
Lebih baik menunggu orang yang kamu INGINKAN
daripada berjalan bersama orang ''YANG TERSEDIA''
Lebih baik menunggu orang yang kamu CINTAI
daripada orang yang berada di SEKELILINGMU.
Lebih baik menunggu orang yang TEPAT
kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan SESEORANG.

Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling MENYAKITI hatimu dan
kadang kala, teman yang membawamu ke dalam PELUKANNYA DAN MENANGIS bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.
 

(❤‿❤) ALL ABOUT LIFE (❤‿❤) Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting